Thursday, 3 November 2011

Himpunan Hadis-Hadis Terpilih.

"Yang Pertama-tama dipertanyakan(diperhitungkan)terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang solatnya.Apabila solatnya baik maka dia beruntung dan senang dan apabila solatnya buruk maka dia kecewa dan merugi."-Riwayat An-Nasa'i 


"Paling dekat seorang hamba kepada Tuhannya ialah ketika ia bersujud maka perbanyakkanlah berdoa ketika bersujud."-Riwayat Muslim.


"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi(menyelesaikan)kesulitan orang lain."-Riwayat Ahmad.


"Orang yang memberi petunjuk kepada kebaikan sama pahalanya seperti orang yang melakukannya."-Riwayat Bukhari.


"Orang yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berkeliling di muka bumi dengan bernasihat kepada manusia."-Riwayat Athahawi.


"Sesungguhnya jika Allah Taala mengkhendaki kebaikan bagi seorang hamba maka dia dikaryakannya.Para sahabat lalu bertanya tentang sabda Nabi SAW tersebut,"Bagaimana dikaryakannya itu.ya Rasulullah?"Nabi SAW menjawab:"Diberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum wafatnya."


"Seorang melakukan amalan-amalan ahli syurga sebagaimana tampak bagi orang-orang tetapi sesungguhnya dia termasuk penghuni neraka,dan seorang lagi melakukan amalan-amalan ahli neraka sebagaimana disaksikan orang-orang tetapi sebenarnya dia tergolong penghuni syurga."
-Riwayat Bukhari.


"Allah tidak menerima Iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa Iman."-Riwayat Atthabrani.


"Tiada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa,dan tiada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan.Sesungguhnya seorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang diperbuatnya."-Riwayat At-Tarmidzi


"Celaka orang yang banyak zikrullah dengan lidahnya tapi bermaksiat terhadap Allah dengan perbuatannya."-Riwayat Adailami.


"Barangsiapa yang memberi kerana Allah,menolak kerana Allah,mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah,dan menikah kerana Allah,maka sempurnalah imannya."-Riwayat Abu Dawud.


"Di antara wahyu Allah kepada Nabi Daud AS:''Tiada seorang hamba yang taat kepadaKu melainkan Aku memberinya sebelum dia minta,dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa,dan mengampuni dosanya sebelum dia memohon keampunan (istighfar)-Riwayat Adailami.

No comments:

Post a Comment