Friday, 28 October 2011

Hidup dan Kompleksiti : Sukar Dipisahkan.

     

       Pelbagai spekulasi yang berada di sekeliling kita mengenai KEHIDUPAN.Bagi aku,kehidupan adalah PELUANG dan AMANAH yang telah Allah S.W.T berikan kepada setiap makhluknya.Namun,ramai yang mensia-siakan peluang itu.Ada yang mengetahui akan kebenaran,tetapi berpaling darinya.Ada yang petah berkata-kata,tetapi tiada sebarang tindakan di atas apa yang diperkatakannya.Ada yang jahil dan tidak mengetahui apa-apa sama sekali.sebenarnya yang kejam itu bukanlah dunia,tetapi kita,orang yang berada di dalamnya.Kita juga perlu ketahui,dalam hidup ini,kita tidak akan terlepas daripada DIADILI.Manusia akan mengadili kita melalui APA yang telah kita lakukan pada masa lalu."Dia tu dulu,bukannya baik sangat"."Anak si tipah tu,asyik blablabla...".Sebenarnya,inilah yang dinamakan STEREOTYPE.Mereka tetap akan memandang rendah terhadap kita TANPA mengetahui kedaan sebenar.Tapi,itu bukanlah alasan bagi kita untuk tewas.
     
          Persoalan pertama,apakah cara yang boleh kita lakukan untuk mendalami makna sebenar kehidupan ?   langkahnya,Belajar untuk menerima kenyataan.Dalam hidup ini,banyak yang kita mahukan.namun,tidak semuanya kita miliki.Kita impikan kebahagiaan,tetapi Allah turunkan kesusahan.Kita inginkan yang terbaik, tetapi diturunkan pula keburukan.Itulah kenyataan yang ada dalam hidup.Tidakkah kita terfikir mengapa ? mudah saja.kerana Allah ingin menguji sejauh mana kita bersabar terhadap ketentuannya dan sebesar apa iman kita.adakah ianya cuma kata-kata manis yang keluar dari bibir atau pegangan yang teguh di dalam hati ?Yang pastinya,Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu kalau bukan kerana kehendak-Nya dan untuk kebaikan hambaNya sendiri.

   


Persoalan kedua,Adakah pengalaman lalu dapat megajar kita untuk mengenali erti hidup dengan lebih lanjut lagi ?jawapannya,Ya.Sudah tersurat bahawa tiada satu orang pun yang Sempurna dan suci daripada melakukan dosa.Sejernih apapun sesuatu permulaan,ia tidak akan menjanjikan kebahagiaan yang mutlak.Mungkin,sesetengah orang bermula dengan kehidupan yang jahil dan hina.tetapi,tiada siapa pun yang mengetahui apakah yang berlaku pada akhir kehidupan mereka.Begitu juga sebaliknya,Pada awalnya seorang cendikiawan,namun akhirnya menjadi HAIWAN.masyaAllah.Terlalu sukar bagi kita untuk meramal hidup ini.Konklusinya,Apa yang pernah kita lalui sebelum ini akan menjadikan kita lebih kuat dan peka untuk menghadapi masalah yang akan datang.Namun,hal itu terpulang kepada kita sama ada ingin memanfaatkan MASA LALU dengan mempelajari sesuatu darinya ataupun ingin terus dibelenggu olehnya dan tidak bergerak kemana-mana.

       Jelaslah,hidup memang sukar diramalkan.Ada yang jahat bagi kita namun baik bagi orang lain.Ada yang baik buat kita namun jahat bagi orang lain.Walau apapun yang kita rancang pada saat ini,ingatlah.Sejauh manapun kamu ingin lari dari kebenaran,kamu tetap akan mncarinya suatu hari nanti.Aku bukanlah insan terpilih.Aku cuma orang biasa yang juga sering melakukan silap dan salah.Apa yang aku warkahkan disini hanyalah untuk renungan bersama.Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment